Pages

Tuesday 13 October 2015

Dessert: Custnut yang simple

Assalamualaikum,
Petang semalam dengan cuaca kejap hujan kejap panas mula la perut FF ni rasa nak makan macam-macam. Ditambah pula mood rajin mai maka tergodek la dapur mummy FF dengan menu simple lagi senang dan sedap maka terhasil la custnut.
FF guna bahan basic dan mudah nak cari. FF guna tepung kastard,susu cair,gula,kacang tanah dan air.Resepi semudah ABC.
Resepi ni resepi campak-campak saja jadi tak ada sukatan yg tepat.FF guna cawan saja tapi next entri FF update ukuran yang tepat.Custnut yang FF buat ni terlebih air so agak lembik sikit jd tak mau la share resepi yang tak tepat.
Tunggu entri yang seterusnya tau.Kalau FF terlupa nak update nanti tolong ingatkan eah.Bye
Salam Sayang
          FF

Tuesday 6 October 2015

"GIVEAWAY OCTOBER BY IMPIANA CIK YANIE"

Assalamualaikum,

Hai hari ni FF rajin nak join GA.Lama rasanya tak join GA dengan blog satu lagi pun sama.Tak berharap sangat nak dapat hadiah sebab memang jarang bertuah nak dapat.



Maaf la blog ni tak ada follower lagi.Blog baru.hehe.

Salam Sayang 
FF

Sunday 4 October 2015

i am Culinarian

Assalamulaikum,

Hai!! Wah tajuk kemain kan I am culinarian.

Hari ni FF nak cerita serba sikit macam mana FF boleh jadi culinarian.Cita-cita FF sebenarnya berubah mengikut masa.Cita-cita pertama yang paling lama untuk jadi cikgu.Masa tu sekolah masih sekolah rendah dan selalu juga la jadi cikgu teddy bear.Masa sekolah rajin la sebelum balik tu kutip kapur pendek yang bekas cikgu guna tu bawa balik.Kapur tu guna untuk ajar anak murid teddy bear.Siap guna buku rujukan  abang kakak yang ada equation tu macam kimia fizik semua.Pastu mengajar ikut pemahaman sendiri.Bila fikir balik rasa lawak tapi cita-cita tu masih ada walau secebis sampai sekarang dalam hati ni.

Kemudian bila tingkatan empat kena pilih aliran jadi FF masuk aliran sains tulen jadi bermula la perubahan cita-cita untuk jadi ahli farmasi walaupun subjek paling lemah kimia. Ahli farmasi tak perlu bedah bagai sebab FF ni jenis takut dan geli dengan darah.Time experiment pun nak muntah segala.

Selepas SPM FF dapat tawaran sambung diploma dalam kursus kewangan ke perniagaan antarabnagsa. FF pun dah tak ingat hampir 7 tahun kan.Tapi time tu masih anak mak jadi FF tolak tawaran tu dan sambung STPM sebab dekat rumah.Mak ayah pun tak paksa dan sokong ikut keputusan FF. STPM FF dapat aliran Sains kemanusian maka bermula lagi sekali perubahan cita-cita.FF bercita-cita nak jadi ahli perniagaan sebab subjek perniagaan seronok.

Selepas keputusan keluar FF dapat kos culinary.Itu orang cakap kita merancang Allah menentukan dan akhirnya FF jadi culinarian dekat Penang.Sekarang dah jadi alumni UiTM Penang dah dan tunggu FF konvo bulan 5 tahun depan.

 Korang macam mana?Ada yang serupa macam FF?.Kalau ada jangan segan silu komen kat bawah.



Salam sayang
        FF

Saturday 3 October 2015

New Chapter

Assalamulaikum,

Hello! Hai ! Aloha!

Serius rasa kekok setelah sekian lama tak menulis dekat blog dan terutama sekali kalau entri yng pertama kan.

Delicious Delixiouses ni blog FF yang kedua dan blog yang pertama tu lebih kepada blog personal.Kali ni FF nak tampilkan imej baru yang lebih kepada ilmu tentang makanan atau masakan. Al maklum FF ni student culinary jadi boleh la kongsi serba sikit ilmu yang dapat sepanjang study dulu.

FF harap chef ternama atau sifu FF masa belajar dulu boleh bagi dan teguran kalau sepanjang perkongsian ilmu kat DD ni ada yang tersalah atau terkurang. FF ni newbie lagi dalam bidang culinary.Banyak lagi ilmu yang kena cari.

Do support me okey!!

Salam sayang
       FF