Sunday, 4 October 2015

i am Culinarian

Assalamulaikum,

Hai!! Wah tajuk kemain kan I am culinarian.

Hari ni FF nak cerita serba sikit macam mana FF boleh jadi culinarian.Cita-cita FF sebenarnya berubah mengikut masa.Cita-cita pertama yang paling lama untuk jadi cikgu.Masa tu sekolah masih sekolah rendah dan selalu juga la jadi cikgu teddy bear.Masa sekolah rajin la sebelum balik tu kutip kapur pendek yang bekas cikgu guna tu bawa balik.Kapur tu guna untuk ajar anak murid teddy bear.Siap guna buku rujukan  abang kakak yang ada equation tu macam kimia fizik semua.Pastu mengajar ikut pemahaman sendiri.Bila fikir balik rasa lawak tapi cita-cita tu masih ada walau secebis sampai sekarang dalam hati ni.

Kemudian bila tingkatan empat kena pilih aliran jadi FF masuk aliran sains tulen jadi bermula la perubahan cita-cita untuk jadi ahli farmasi walaupun subjek paling lemah kimia. Ahli farmasi tak perlu bedah bagai sebab FF ni jenis takut dan geli dengan darah.Time experiment pun nak muntah segala.

Selepas SPM FF dapat tawaran sambung diploma dalam kursus kewangan ke perniagaan antarabnagsa. FF pun dah tak ingat hampir 7 tahun kan.Tapi time tu masih anak mak jadi FF tolak tawaran tu dan sambung STPM sebab dekat rumah.Mak ayah pun tak paksa dan sokong ikut keputusan FF. STPM FF dapat aliran Sains kemanusian maka bermula lagi sekali perubahan cita-cita.FF bercita-cita nak jadi ahli perniagaan sebab subjek perniagaan seronok.

Selepas keputusan keluar FF dapat kos culinary.Itu orang cakap kita merancang Allah menentukan dan akhirnya FF jadi culinarian dekat Penang.Sekarang dah jadi alumni UiTM Penang dah dan tunggu FF konvo bulan 5 tahun depan.

 Korang macam mana?Ada yang serupa macam FF?.Kalau ada jangan segan silu komen kat bawah.



Salam sayang
        FF

1 comment: